Wednesday, 16 August 2017

Kombo Mandian Bayi Terbaik

Teks : Fauziah Zainudin

Kalau mak-mak mampu beli skincare terbaik untuk diri sendiri, pasti juga mak-mak mahukan yang terbaik untuk bayi dan anak-anak.

Kenapa perlu memilih mandian bayi?.

Paediatrik Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Leong Kin Fon berkata, ibu bapa perlu lebih prihatin ketika membuat keputusan membeli produk mandian yang betul kepada bayi mereka kerana produk yang tidak sesuai akan memberi kesan kepada kulit bayi.

Mak-mak perlu tahu bahaya bahan kimia berbahaya kepada anak-anak terutama bayi yang baru lahir.
Dengan kulit yang sangat lembut dan "fragile", bahan kimia mudah menyerap ke dalam badan bayi melalui kulit.  Ini memberi kesan kepada jangka masa panjang.  Kesan ini boleh memudaratkan bayi.

Dengan kesedaran itulah, Bidaraworld mengeluarkan Mandian Baybie khas untuk bayi dan anak-anak.  
Tapi, apa keistimewaan Mandian Baybie ni?.  Ok, jom baca.

Mandian Baybie dihasilkan oleh bumiputera muslim Malaysia.  Lebih best lagi founder adalah seorang Doktor perubatan.  

Mandian Baybie diformulasi dengan ekstrak daun  bidara dan minyak lavender.  

Bidara terkenal dalam perubatan Islam dan daun yang disebut dalam Al Quran.  Bidara digunakan sebagai mandian jenazah, tapi tak perlulah takut dan risau.

Bidara mempunyai sifat antiseptik yang baik untuk kulit.  Sangat baik untuk anak-anak yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan gatal-gatal.

Malah, bidara terkenal untuk merawat masalah gangguan yang tidak mampu dilihat.  Selain itu, jika anak-anak kerap demam, menangis tanpa sebab, tak selesa bila jalan jauh juga sangat sesuai menggunakan Mandian Baybie ini.

Marilah kita ambil manfaat BIDARA yang terkenal dalam PERUBATAN ISLAM ini.

Mandian Baybie ini WANGI tanpa kerisauan kerana
Mandian bidara bayi ini BEBAS daripada :

👉🏽Sles/Sls
👉🏽Paraben
👉🏽Gluten
👉🏽Alcohol
👉🏽Mineral oil
👉🏽Artificial fragrance
👉🏽Artificial coloring
Jadi, bertukarlah kepada yang lebih baik.  Halal dan suci itu dituntut dalam Islam.  Gunakan Mandian Baybie tanpa was-was.

Oh, harga sebotol RM30.  Tapi jika mak-mak beli kombo ni hanya RM55 sahaja.  Emm, tunggu apa lagi kan..

Saturday, 12 August 2017

5 Sebab Novau Deodoran Magik

Teks: Fauziah Zainudin.


"Works like magic!".

"Takde bau lah Kak".

"Baru guna 2 hari, memang nyah bau!".

Alhamdulillah, itu antara testimoni pelanggan tersayang yang telah gunakan Novau.  Syukur, dapat bantu orang lain selain tambah pendapatan sendiri.

Best sangat ke Novau?.
Kalau tanya saya, saya jawab "Sangat Best!!".  Sebelum ni, saya guna bermacam jenis dan jenama produk deodoran.  Tidak sama macam Novau.  Oops, bukan membandingkan, tapi menyatakan keberkesanannya.

Bila pelanggan kata macam magik, saya rasa teruja.  Masakan tidak, dalam masa 2 hari pakai, peluh dah tak berbau.  Magik tak?  Itu semua kerja Allah, keberkesanan menggunakan sesuatu produk itu bergantung pada Allah.  Allah kata serasi untuk awak, ye akan serasi.  Tapi jikalau Allah kata tidak serasi, ye pasti ada sebab dan hikmahnya.

Produk adalah asbab sahaja.  Penyembuhan di tangan Allah.

Ok, mungkin 5 sebab ini jadikan Novau Deodoran Magik:-

1.  Bahan Natural.  Air mineral dan garam sahaja.  Tiada bahan kimia.

2.  Tidak tutup liang roma.  Walaupun nak hilangkan bau peluh, tapi Novau pastikan liang roma tidak tertutup.  Peluh tetap mengalir, hanya baunya TIADA.

3.  TIADA ALKOHOL.

4.  TIADA BAU.

5.  Boleh digunakan di seluruh badan.  Wah, sangat jimat tak perlu beli produk lain.

Itu 5 sahaja saya listkan, sebenarnya ada banyak lagi.  Tapi, cukuplah buat kali ini.  Alhamdulillah, pelanggan ramai yang ulang beli bila dapat kesan yang best.  Semoga Novau akan terus membantu mereka yang memerlukan.  Aamiin.


Ok, sampai jumpa lagi..
Sayonara!!


~Sihat, cantik alami~




Thursday, 10 August 2017

Manjakani Faminine Wash Sutra.

Teks: Fauziah Zainudin.

Allah, lama menyepi.
Bukan menghilangkan diri, tapi sentiasa kehilangan masa untuk menulis.  Cuba untuk tetap istiqomah.  InshaaAllah.

Tiba-tiba pagi ini, tergerak ingin berkongsi satu produk Aromaterapi yang saya jual.  Hmm, rasanya tak perlu diperkenalkan lagi.  Taraaa..


Manjakani Feminine Wash yang ber wajah baru.  Kali ini, formulasi diperhebat lagi, tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.  MFW kini total natural.  Wahh..sangat teruja.

Ia tanpa Paraben, tanpa Sls, tanpa Mineral Oil dan tanpa Phynoxethanol.

Dengan harga yang sangat berbaloi-baloi, RM30 sahaja.  Saya mampu jimat penggunaan sehingga hampir 6 bulan.  Sangat jimat.

KELEBIHAN SUTRA MANJAKANI FEMININE WASH

✅ Dalaman yang sentiasa muda.
✅ Mengetat dan mengecutkan rahim.
✅ Meningkatkan rangsangan bersama suami.
✅ Memberikan kepuasan kepada pasangan.
✅ Mengeratkan hubungan suami isteri.
✅ Memudahkan kepuasan untuk para isteri
✅ Mengawal dan enghilangkan keputihan, lendir.
✅ Memulihkan luka-luka dan kegatalan vagina.
✅ Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim.
✅ Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.
✅ Dirumus khas untuk memberi keselesaan kepada intim wanita.
✅ Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

Ini ada antara kelebihan MFW.  Kegunaan luaran sahaja ye ibu-ibu dan kakak-kakak.

Gunakan setiap hari atau mengikut keutamaan diri, InshaaAllah sangat membantu menyelesaikan masalah Miss V.

Guna tau..

Nanti kita sambung lain hari..ASSALAMUALAIKUM.

~Sihat, Cantik alami~



Monday, 12 June 2017

Kunyit oh kunyit

Teks : Fauziah Zainudin

Lama menyepi.  Ramadhan sudah hampir habis pertengahannya.  Allahu, sempatkah daku ke penghujungnya?.  Doa selalu.

Dulu, masa kecik-kecik, saya mudah kena gatal-gatal.  Masa tu, mak kata suka main pasirlah, main tanahlah, macam-macam.  Entah, sebenarnya saya tak tahu kenapa.

Masa tu gatal seluruh kaki.  Penuh..bila di garu berair dan boleh menanah.  Teruk.  Rasanya, macam tidak ke klinik, tapi mak guna sumber alami.  Pernah guna daun ceremai yang di lumatkan dan dicampur dengan kapur makan, lepas tu sapu kat tempat gatal.  Kering tapi tak sembuh jugak.

Mak guna pula mumbang kelapa.  Kalau tempat lain saya tak tahu panggilannya.  Ianya putik kelapa yang gugur.  Di gesek belakang pasu dan letak kapur makan, sapu tempat gatal.  Hmm, hampa juga.

Akhirnya, mak tumbuk kunyit hidup, mak campurkan sedikit minyak masak dan panaskan sekejap.  Mak simpan dalam tin susu.  Hangat-hangat mak suruh sapu kat tempat gatal.  Maka, bermulalah kekuningan seluruh kaki.  Hehe.  Tapi, Alhamdulillah, sangat mujarab.  Gatal-gatal hilang akhirnya.  Terus tidak muncul-muncul lagi.  Sangat lega.

Terima Kasih mak.
Mana mak tahu, saya tak tahu.  Sebagai mak, kita perlu ada ilmu merawat secara alami ni, supaya ada jalan alternatif lain selain ke doktor.

Tahu tak, kunyit sebenarnya anti-bakteria? Anti-biotik juga.  Selain boleh digunakan sebagai ubat luaran, kunyit juga boleh dijadikan minuman untuk mengubati masalah dalaman.

Ok, nanti kita sambung macam mana kunyit mengubati selsema, batuk, jerawat dan masalah lain.  Tunggu ye..

Thursday, 25 May 2017

Avera Antioxidant Facial Cleanser

Teks: Fauziah Zainudin

Akhirnya, saya bertemu pencuci muka yang benar-benar menawan hati saya.  Ia lebih mesra alam kerana ia alami, natural.  Muka tak rasa kering, tegang dan tiada langsung alahan.

Sebelum ini, bermacam jenis jenama pencuci muka saya guna.  Dari yang lokal hingga lah 'international'.  Semuanya tak menawan hati.  Ada yang buat muka saya jadi kering sangat, tegang sangat dan kadang kala jadi gatal.

Ketika mula menjual produk Sutra, saya berkenalan dengan pencuci muka yang satu ini, Avera Antioxidant Facial Cleanser.  Baca jer dulu info tentang pencuci muka ni, belum rasa nak beli.

Lama juga, berbulan dah jadi agent Sutra, baru saya tekad beli pencuci muka ni.  Kenapa?

Setelah melihat dan membaca testimoni-testimoni pelanggan.  Saya senang hati menggunakan nya.

Diperkayakan dengan AHA daripada ekstrak lemon yang membantu mengurangkan tanda penuaan . Sesuai membersih, menyegar dan melegakan kulit muka anda, sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif tetapi suka aktiviti lasak.

Ini produk natural, tanpa bahan kimia berbahaya, jadi jangan harap pakai 3-4 kali muka dah putih, tanpa jeragat, lembut mulus ye.  Jangan silap.

Perlu konsisten, teruskan penggunan seperti biasa.  Kita akan sedar muka semakin mencerah bila ada yang tegur.  Atau pun bila tengok cermin macam lain aje muka aku ni, hehe, cuba tanya insan terdekat betul ke betul?

Ok, nanti kita sambung lagi ye.  Assalamualaikum.


Wednesday, 5 April 2017

Minyak oh Minyak

#6 by Fauziah Zainudin

Sambil-sambil tonton Wanita Hari Ini, saya kenalkan beberapa singkatan yang saya rajin gunakan untuk memperkenalkan produk Sutra.

Banyak kali saya gunakan singkatan TO.  Mesti kalian kurang mengerti apa itu TO kan.  Baik, di bawah ini, saya perkenalkan.

EO - Essential Oil
MO - Massage Oil
TO - Theraupetic Oil
BO - Blended Oil

Ok, inilah antara Minyak-minyak yang popular.  Tapi, jangan keliru pula ye, setiap minyak itu ada jenis-jenis dan fungsi-fungsinya.  Dalam entri yang lain saya akan terangkan.

Saya sangat menyukai rangkaian Massage Oil (MO).  Tapi tidak bermakna saya tidak menggunakan rangkaian minyak yang lain tu.  Daripada namanya sahaja kita sudah dapat mengagak kenapa saya suka, ialah minyak urut kata orang Jowo☺️.  Bila kata untuk urut, wah, mesti best kan minyak ni.  Memang best.

Baik, tunggu update nanti ye.

~sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin.

Saturday, 1 April 2017

5 Sebab Avera Soothing Gel Sangat Magik

#5

April menjelma.

3 bulan pertama tahun 2017 berlalu pergi.

Sales April pertama.. Alhamdulillah.

Avera Soothing Gel.
Ada apa dengan Avera?  Dengan 100% natural, TANPA PARABEN, TANPA SLE, TANPA SLES.  Kandungan utama pastinya aloe vera.  Lidah Buaya sangat terkenal dengan kemujaraban lendirnya.

Dulu-dulu, arwah kakak sangat suka gunakan lidah buaya untuk disapu pada muka dan rambutnya.  Hasilnya rambut arwah lebat dan hitam, malah sangat panjang.  Mukanya tiada jerawat atau jeragat.  Cuma Allah lebih sayangkan arwah.  Kakak pergi ketika menginjak 43 tahun.  Al Fatihah untuk kakak saya Faridah BT Zainudin.

Ok, sori cerita sedih seketika.

5 Sebab Avera Soothing Gel sangat Magik!!

✔️pelembab kulit muka dan badan
✔️merawat jerawat dan kerosakan kulit
✔️merawat & melegakan ruam, radang dan gatal kulit akibat eczema
✔️membantu merawat luka kecil & kesan melecur
✔️melegakan gigitan serangga

Ada lagi....

✔️paraben free
✔️gluten free
✔️fragrance free
✔️mineral oil free
✔️artificial colour free and
✔️not tested on animals.

Tadi tulis 5 sahaja kan, tapi saya beri 11 sebab Avera Soothing Gel sangat magik.  Saya sudah rasa magik nya.  Avera Soothing Gel hanya asbab, yang menyembuhkan adalah Allah.

Doa dan ikhtiar.
Berminat mahu mendapatkan Avera Soothing Gel?  Boleh SMS/WA saya 0137499707.  Saya bantu dengan senang hati.  InshaaAllah.


~sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin
Avera Soothing Gel - RM30