Thursday, 25 May 2017

Avera Antioxidant Facial Cleanser

Teks: Fauziah Zainudin

Akhirnya, saya bertemu pencuci muka yang benar-benar menawan hati saya.  Ia lebih mesra alam kerana ia alami, natural.  Muka tak rasa kering, tegang dan tiada langsung alahan.

Sebelum ini, bermacam jenis jenama pencuci muka saya guna.  Dari yang lokal hingga lah 'international'.  Semuanya tak menawan hati.  Ada yang buat muka saya jadi kering sangat, tegang sangat dan kadang kala jadi gatal.

Ketika mula menjual produk Sutra, saya berkenalan dengan pencuci muka yang satu ini, Avera Antioxidant Facial Cleanser.  Baca jer dulu info tentang pencuci muka ni, belum rasa nak beli.

Lama juga, berbulan dah jadi agent Sutra, baru saya tekad beli pencuci muka ni.  Kenapa?

Setelah melihat dan membaca testimoni-testimoni pelanggan.  Saya senang hati menggunakan nya.

Diperkayakan dengan AHA daripada ekstrak lemon yang membantu mengurangkan tanda penuaan . Sesuai membersih, menyegar dan melegakan kulit muka anda, sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif tetapi suka aktiviti lasak.

Ini produk natural, tanpa bahan kimia berbahaya, jadi jangan harap pakai 3-4 kali muka dah putih, tanpa jeragat, lembut mulus ye.  Jangan silap.

Perlu konsisten, teruskan penggunan seperti biasa.  Kita akan sedar muka semakin mencerah bila ada yang tegur.  Atau pun bila tengok cermin macam lain aje muka aku ni, hehe, cuba tanya insan terdekat betul ke betul?

Ok, nanti kita sambung lagi ye.  Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment