Tuesday, 28 March 2017

Rawatan Anak Demam dengan Aromaterapi

#4

Lama tak kemaskini blog.  Sepi seketika, melayan kelas online dan fb.

Anak-anak sudah beradu, ada sedikit masa sebelum berehat.  Bolehlah ibu update blog baru ini.  Biasanya, jika anak demam, ibu sangat susah hati.  Secepat yang boleh mahu ke klinik.  Yelah kan, risau melarat demam anak.

Tapi sejak bertemu dengan produk Aromaterapi, Sutra dan Bidara, ibu tak runsing sangat tapi tetap berjaga-jaga.

Antara produk yang biasa saya gunakan sekiranya ada tanda-tanda demam pada anak-anak ialah:-
1. Avera Soothing Gel
2. MPS Sweet Lavender

2 produk ini InshaaAllah sudah sangat membantu.  Memang biasanya saya gunakan 2 produk utama ini.  Bagaimana caranya?

Jika ibu-ibu sudah pastikan suhu anak melebihi 37 darjah celcius, ibu-ibu boleh sapukan Avera Soothing Gel di kepala, badan, pelipat ketiak, belakang lutut hingga lah ke kaki anak.  Gel ini cepat menyerap dan kering.  Sapu lagi bila sudah kering sehinggalah ibu-ibu pasti suhu anak menurun.  Avera Soothing Gel adalah 100% natural.  Kandungan utama aloe vera dan ditambah ekstrak tea tree serta mentimun.  Melembapkan kulit dan menyejukkan badan.











Selain itu, dengan menggunakan MPS Sweet Lavender, jerlumkan badan anak.  Boleh juga basahkan kain dengan Sweet Lavender dan letak di dahi anak.  InshaaAllah sangat membantu kerana Lavender bersifat anti bakteria.  Ibu-ibu juga disarankan agar spray persekitaran tempat tidur anak dengan Sweet Lavender.  MPS ini juga boleh di diffuse dalam diffuser.

Mudah-mudahan membantu ibu-ibu, lebih lagi bagi mereka yang mengutamakan penjagaan kesihatan  secara alami dan natural.













~Sihat, sejahtera dan cantik alami~
Fauziahzainudin

Sunday, 19 March 2017

Holiday!!!

#3

Yeah!!
Unplanned holiday.

Ayah dah apply cuti.  Ke mana kita?  Hmm, asalnya kami ingin ke Bukit Gambang Waterpark.  Setelah berdiskusi dan mengintai fb dan laman web berkaitan, tiba-tiba ayah mengajak kenTerengganu.  Kalau orang nak belanja, apa salahnya kan.  Ibu sentiasa sudi, anak-anak apatah lagi.

Ibu kalau bercuti, macam-macam yang difikir kan.  Tapi yang paling penting checklist Ini:-

✔️ Mandian BIDARA (ibu ayah)
✔️ Baybie Wash
✔️ Baybie Cream - untuk baby
✔️ Krim Kunyit- selsema baby
✔️ TO Sinusitus - batuk/selsema/sakit kepala
✔️ MO Captivating - angin/lenguh kaki/bahu
✔️ Avera Set - complete mandian/cleanser/soothing gel
✔️ Sutra Manjakani Feminine Wash

Antara checklist untuk mandian/keperluan peribadi.  Ini dah confirm satu bag sahaja.  Belum lagi yang lain-lain.  Bukan apa, sebab ada baby jadi keperluan baby sangat-sangat penting.  Biar tak cukup pakaian tapi keperluan kesihatan sangat diutamakan.

Okey nanti ibu up gambar-gambar dan kelebihan setiap produk tu ye.  InshaaAllah😘

 ~Sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin




Thursday, 16 March 2017

5 Sebab Saya Memilih MPS Sutra

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Ya, saya Fauziah Zainudin, agent sah Sutra di Pontian.  Hai!

Sebelum saya memilih MPS Sutra, saya guna pelbagai jenis spray di pasaran untuk kegunaan di rumah.  Almaklum. spray semut, spray kereta, spray dapur, spray bilik tidur dan macam-macam spray lagi.  Selain untuk wangi, ia juga untuk menghapuskan, membunuh dan menyelesaikan masalah-masalah.  Banyak nya.  Berapa pula kos spray-spray tersebut ye?.

Saat berkenalan dengan Sutra MPS Pandan, saya terus jatuh cinta pandang pertama.  Di mana-mana hanya MPS Pandan.  Di dapur, di dalam kereta, di bilik tidur, di ruang tamu, hanya MPS Pandan penyelamat masalah.  Alhamdulillah.

Kenapa saya memilih MPS Pandan?  5 sebab saya memilih MPS Pandan, tentunya kerana:-

1. Produk Bumiputera Muslim
Dibawah jenama SUTRA, kilang TBE terletak di Melaka.  Ia produk bumiputera yang sangat baik dan setaraf dengan produk luar.  Tak cuba tak tahu.  Dah cuba pasti nak selalu.  Macam saya :)

2.  Mampu Milik.

Tak percaya kan, nampak botol sangat ekslusif, tapi ia sangat mampu milik.  Dengan hanya RM20 sebotol saya dapat 200ml ekstrak pandan.

3.  Produk Natural.

Tanpa kandungan bahan kimia berbahaya, Sutra MPS Pandan memang sesuai untuk seisi keluarga.  Sebab itulah saya sentiasa gunakan ia.  Hanya ekstrak pati pandan dan air sahaja di dalamnya.  Tapi mampu memberi kesegaran dan impak yang besar.

4.   Serbaguna (Multipurpose)

Sehebat namanya, Multipurpose atau serbaguna.  Bermacam kegunaannya, seperti yang saya katakan sebelum ini.  Bukan sekadar spray biasa.  Untuk ini nanti saya akan sambung pada entri akan datang ye.  Tungguuuu...

5.  Peribadi

Eh, sebab peribadi?.  Ye, kerana MPS Pandan buat saya secara peribadi terus berminat untuk menjadi dropshipper dan seterusnya meningkatkan diri sebagai agen.  Mungkin kecil sahaja pada orang lain, tapi besar pada saya.

Haaa, itulah 5 sebab kenapa saya memilih MPS Pandan.  Sekarang tiada lagi spray semut jenama XX di rumah saya.  Tiada bahan aerosol, tiada kimia berbahaya.  Hanya yang natural dan alami.

Tidak sedar, sudah jam 12 malam.  Lewat tidur akan buat badan kita letih untuk bangun awal esok.  Tapi saya spray dulu MPS Rose dan Deep Sleep sebelum tidur, supaya lebih lena dan tidur berkualiti.  InshaaAllah.  Eh, cerita pasal Pandan, keluar pula Rose dan Deep Sleep?.  Jeng..jeng..jeng.

Selamat Malam semua.

~sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin



Wednesday, 15 March 2017

Kerana MPS Pandan

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum pembuka bicara.
Salam Kenal.

Sudah setahun kurang lebih saya bersama SUTRA dan BIDARAWORLD.  Alhamdulillah.

Segalanya bermula, saat berkenalan dengan MPS Pandan di fb seorang teman.  Teman yang saya kenali dari satu program amal.  Allahu, banyak faedah yang kita akan dapat melalui program-program amal tau.  Saya suka.

Baik, di pendekkan cerita, kerana MPS Pandan saya jatuh cinta.  Saya beli MPS Pandan dari rakan fb tersebut.  Saya tak pernah test lagi, bau macam pandan ke? Wangi ke? Ok ke? Semua tu bermain dalam fikiran.  Tak beli, tak tahu macam mana baunya.

Saya beli dan barang diposkan.

Barang sampai, saya terus test spray.  Pss..pss..spray..spray..wangi..hmm memang aroma pandan.  Saya suka sangat.  Memang jadi pilihan hati untuk spray dapur lepas memasak dan menyiang ikan.  Bau-bau hanyir ikan terbang lepas spray MPS Pandan.  Alhamdulillah.

Kereta juga saya gunakan MPS Pandan.  No more pewangi kereta yang ada bahan kimia.  Rasa segar sentiasa, tinggi kualiti..eh, nyanyi pula.  Memang segar, memang tinggi kualitinya, hanya air dan pati pandan yang diekstrak dari daun pandan sejati.

Lama saya menyimpan MPS Pandan tu, sebab sayang nak guna banyak.  Bila habis, mencari lah serata buana Johor, kot-kot la ada di mana-mana toko jamu.  Oh, hampa.  Tiada dijual.  Langsung tidak tergerak mencari agent di fb.  Saya diamkan sahaja dulu.

Selepas setahun, saya terlihat kelibat Sutra di wall rakan punya rakan.  Kakak itu stokis rupanya, dekat sahaja di Gelang Patah.  Wah, ini lah senang dan dekat.  Jadi saya order Theraupetic Oil Sinusitus dengan kakak stokis itu.

Allah dah takdirkan segalanya.  Hati tergerak bertanya tentang dropshipper.  Kakak itu melayan dengan sangat baik buat saya tertarik.  Jadi, barang order belum sampai tapi dah jadi dropshipper pula.  Mana mungkin saya menolak takdir Allah.

Bermulalah episod kehidupan sebagai dropshipper Sutra di bawah Stokis Gelang Patah kakak Hanifah atau nama manjanya Hanim.  #teamhanim.  Alhamdulillah.

Panjang pula, kita stop ye, nanti kita sambung lagi.
Pandan Botol Lama
Pandan Botol Baru



~sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin