Thursday, 16 March 2017

5 Sebab Saya Memilih MPS Sutra

Teks: Fauziah Zainudin
Foto: Koleksi Peribadi

Ya, saya Fauziah Zainudin, agent sah Sutra di Pontian.  Hai!

Sebelum saya memilih MPS Sutra, saya guna pelbagai jenis spray di pasaran untuk kegunaan di rumah.  Almaklum. spray semut, spray kereta, spray dapur, spray bilik tidur dan macam-macam spray lagi.  Selain untuk wangi, ia juga untuk menghapuskan, membunuh dan menyelesaikan masalah-masalah.  Banyak nya.  Berapa pula kos spray-spray tersebut ye?.

Saat berkenalan dengan Sutra MPS Pandan, saya terus jatuh cinta pandang pertama.  Di mana-mana hanya MPS Pandan.  Di dapur, di dalam kereta, di bilik tidur, di ruang tamu, hanya MPS Pandan penyelamat masalah.  Alhamdulillah.

Kenapa saya memilih MPS Pandan?  5 sebab saya memilih MPS Pandan, tentunya kerana:-

1. Produk Bumiputera Muslim
Dibawah jenama SUTRA, kilang TBE terletak di Melaka.  Ia produk bumiputera yang sangat baik dan setaraf dengan produk luar.  Tak cuba tak tahu.  Dah cuba pasti nak selalu.  Macam saya :)

2.  Mampu Milik.

Tak percaya kan, nampak botol sangat ekslusif, tapi ia sangat mampu milik.  Dengan hanya RM20 sebotol saya dapat 200ml ekstrak pandan.

3.  Produk Natural.

Tanpa kandungan bahan kimia berbahaya, Sutra MPS Pandan memang sesuai untuk seisi keluarga.  Sebab itulah saya sentiasa gunakan ia.  Hanya ekstrak pati pandan dan air sahaja di dalamnya.  Tapi mampu memberi kesegaran dan impak yang besar.

4.   Serbaguna (Multipurpose)

Sehebat namanya, Multipurpose atau serbaguna.  Bermacam kegunaannya, seperti yang saya katakan sebelum ini.  Bukan sekadar spray biasa.  Untuk ini nanti saya akan sambung pada entri akan datang ye.  Tungguuuu...

5.  Peribadi

Eh, sebab peribadi?.  Ye, kerana MPS Pandan buat saya secara peribadi terus berminat untuk menjadi dropshipper dan seterusnya meningkatkan diri sebagai agen.  Mungkin kecil sahaja pada orang lain, tapi besar pada saya.

Haaa, itulah 5 sebab kenapa saya memilih MPS Pandan.  Sekarang tiada lagi spray semut jenama XX di rumah saya.  Tiada bahan aerosol, tiada kimia berbahaya.  Hanya yang natural dan alami.

Tidak sedar, sudah jam 12 malam.  Lewat tidur akan buat badan kita letih untuk bangun awal esok.  Tapi saya spray dulu MPS Rose dan Deep Sleep sebelum tidur, supaya lebih lena dan tidur berkualiti.  InshaaAllah.  Eh, cerita pasal Pandan, keluar pula Rose dan Deep Sleep?.  Jeng..jeng..jeng.

Selamat Malam semua.

~sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin



No comments:

Post a Comment