Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum pembuka bicara.
Salam Kenal.
Sudah setahun kurang lebih saya bersama SUTRA dan BIDARAWORLD. Alhamdulillah.
Segalanya bermula, saat berkenalan dengan MPS Pandan di fb seorang teman. Teman yang saya kenali dari satu program amal. Allahu, banyak faedah yang kita akan dapat melalui program-program amal tau. Saya suka.
Baik, di pendekkan cerita, kerana MPS Pandan saya jatuh cinta. Saya beli MPS Pandan dari rakan fb tersebut. Saya tak pernah test lagi, bau macam pandan ke? Wangi ke? Ok ke? Semua tu bermain dalam fikiran. Tak beli, tak tahu macam mana baunya.
Saya beli dan barang diposkan.
Barang sampai, saya terus test spray. Pss..pss..spray..spray..wangi..hmm memang aroma pandan. Saya suka sangat. Memang jadi pilihan hati untuk spray dapur lepas memasak dan menyiang ikan. Bau-bau hanyir ikan terbang lepas spray MPS Pandan. Alhamdulillah.
Kereta juga saya gunakan MPS Pandan. No more pewangi kereta yang ada bahan kimia. Rasa segar sentiasa, tinggi kualiti..eh, nyanyi pula. Memang segar, memang tinggi kualitinya, hanya air dan pati pandan yang diekstrak dari daun pandan sejati.
Lama saya menyimpan MPS Pandan tu, sebab sayang nak guna banyak. Bila habis, mencari lah serata buana Johor, kot-kot la ada di mana-mana toko jamu. Oh, hampa. Tiada dijual. Langsung tidak tergerak mencari agent di fb. Saya diamkan sahaja dulu.
Selepas setahun, saya terlihat kelibat Sutra di wall rakan punya rakan. Kakak itu stokis rupanya, dekat sahaja di Gelang Patah. Wah, ini lah senang dan dekat. Jadi saya order Theraupetic Oil Sinusitus dengan kakak stokis itu.
Allah dah takdirkan segalanya. Hati tergerak bertanya tentang dropshipper. Kakak itu melayan dengan sangat baik buat saya tertarik. Jadi, barang order belum sampai tapi dah jadi dropshipper pula. Mana mungkin saya menolak takdir Allah.
Bermulalah episod kehidupan sebagai dropshipper Sutra di bawah Stokis Gelang Patah kakak Hanifah atau nama manjanya Hanim. #teamhanim. Alhamdulillah.
Panjang pula, kita stop ye, nanti kita sambung lagi.
![]() |
| Pandan Botol Lama |
![]() |
| Pandan Botol Baru |
~sihat, sejahtera dan cantik alami~
fauziahzainudin


No comments:
Post a Comment