#4
Lama tak kemaskini blog. Sepi seketika, melayan kelas online dan fb.
Anak-anak sudah beradu, ada sedikit masa sebelum berehat. Bolehlah ibu update blog baru ini. Biasanya, jika anak demam, ibu sangat susah hati. Secepat yang boleh mahu ke klinik. Yelah kan, risau melarat demam anak.
Tapi sejak bertemu dengan produk Aromaterapi, Sutra dan Bidara, ibu tak runsing sangat tapi tetap berjaga-jaga.
Antara produk yang biasa saya gunakan sekiranya ada tanda-tanda demam pada anak-anak ialah:-
1. Avera Soothing Gel
2. MPS Sweet Lavender
2 produk ini InshaaAllah sudah sangat membantu. Memang biasanya saya gunakan 2 produk utama ini. Bagaimana caranya?
Jika ibu-ibu sudah pastikan suhu anak melebihi 37 darjah celcius, ibu-ibu boleh sapukan Avera Soothing Gel di kepala, badan, pelipat ketiak, belakang lutut hingga lah ke kaki anak. Gel ini cepat menyerap dan kering. Sapu lagi bila sudah kering sehinggalah ibu-ibu pasti suhu anak menurun. Avera Soothing Gel adalah 100% natural. Kandungan utama aloe vera dan ditambah ekstrak tea tree serta mentimun. Melembapkan kulit dan menyejukkan badan.
Selain itu, dengan menggunakan MPS Sweet Lavender, jerlumkan badan anak. Boleh juga basahkan kain dengan Sweet Lavender dan letak di dahi anak. InshaaAllah sangat membantu kerana Lavender bersifat anti bakteria. Ibu-ibu juga disarankan agar spray persekitaran tempat tidur anak dengan Sweet Lavender. MPS ini juga boleh di diffuse dalam diffuser.
Mudah-mudahan membantu ibu-ibu, lebih lagi bagi mereka yang mengutamakan penjagaan kesihatan secara alami dan natural.
~Sihat, sejahtera dan cantik alami~
Fauziahzainudin

No comments:
Post a Comment